![]() |
|
|
|
Saudara, Assalaamu-alaikum wbt.
Jika saudara ingin belajar bahasa arab dengan mudah, inilah buku yang saya sarankan kepada saudara untuk membelinya. Banyak buku yang telah pun saya cuba sebelum ini, tetapi yang selalunya saya dapati pada buku2 ini, bahawa mereka suka memfokuskan buku2 mereka itu kepada ilmu nahu dan sharf, padahal yang perlu ialah bahasa arab untuk komunikasi harian. Saudara tahu sendiri, bahawa kita orang melayu, walaupun dapat bertutur bahasa melayu dengan fasih dan lancar, tetapi kebanyakan kita tak pernah mendalami ilmu bahasa melayu secara mendalam, apatah lagi ilmu sastera dan seumpamanya. Maka kenapakah apabila kita ingin belajar bahasa arab pula, kita mempelajari ilmu nahu atau sharf dahulu, sedangkan kita belum pun mengetahui perkataan2 bahasa itu dan tak pula boleh bertutur dengan lancar dalam bahasa arab tadi ? Adakah masuk akal, jika seseorang yang tidak tahu bahasa melayu sama sekali, dan ingin belajar bertutur bahasa melayu, kita ajarkan ilmu bahasa melayu (cara menyusun kata supaya fasih etc) secara mendalam, sedangkan dia hanya memerlukan beberapa ratus perkataan dan asas2 bahasa arab itu (cara membuat jumlah dengan betul) supaya dapat dia berbahasa melayu dengan lancar ? Inilah antara sebab2 yang terpenting, mengapa ramai sekali orang yang cuba belajar bahasa arab tetapi gagal. Walaupun bertahun2 belajar tapi masih belum fasih bertutur. Sebab2 yang lain pula seperti penggunaan yang jarang, malu bertutur (takut salah nahunya) dan seumpamanya. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tekun belajar dan tidak malu untuk bertutur menggunakan bahasa arab pada setiap peluang yang dia dapatkan, dan tidak pula takut salah pada nahunya, maka insya-allah dia boleh berjaya. Tajuk2 buku ini telah pun disusun secara mudah, iaitu mengikut tempat2 kegunaan contohnya: Di hospital, dalam teksi, di kedai runcit etc. Buku ini juga telah pun dipakai oleh banyak sekolah2 kerajaan dan bukan kerajaan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia. Buku ini juga insya-allah sangat bermanfaat untuk haji, umrah dan sebagainya. Untuk lebih memudahkan lagi bagi pengguna yang kurang fasih membaca bahasa arab, cara menyebut setiap perkataan arab itu ditulis pula dibawahnya dengan menggunakan rumi (bahasa melayu). Buku ini sangat bermanfaat untuk mempelajari asas2 bahasa arab komunikasi yang digunakan setiap hari. Wallaahu-a'lam. Harga: USD 15.00
|
|
|
|